Sejarah
telah menunjukkan bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa Manusia
berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan boleh terbina secara
semula jadi sebagai perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada
perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah
perkataan baharu. Tiap-tiap perkataan
mempunyai makna. Bahasa ialah kepunyaan
masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah
penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
Menurut Nik Safiah Karim et al (1996),
proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan
morfem menurut peraturan system morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa,
proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan bermaksud
unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya
KATA ADJEKTIF Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif dan unsur –unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam ayat berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagisesuatu kata nama atau frasa nama.Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai sub golongan yang ketara, namun berdasarkan criteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang – kurangnya Sembilan jenis seperti kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure keterangan nama. (Nik Safiah Karim et.al 2004)
Ada
ahli bahasa yang menganggap golongan
kata adjektif itu sebagai kata kerja, iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu
menyatakan keadaan. Kata kerja adjektif
juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah
2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap
sebagai golongan ketiga. Manakala dalam
buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai golongan kedua
selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan
kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama
untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)
I.
Jenis
Kata adjektif
Kata adjektif yang dikenal sebagai kata
sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain
seperti kata bantu atau kata penguat. Bagi
kata adjektif sifatan atau keadaan dan Kata adjektif
warna frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata
inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang
dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga
sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,
kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata
adjektif hadir sesudah kata nama. Bagi
kata adjektif ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera, frasa
adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang
berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsure penerang
dalam predikat (Nik Safiah Karim et.al 2003)
Kata adjektif sifatan
atau keadaan
Contohnya: baik,lemah,
jahat, kasar
Contoh ayat
‘Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya’
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif sifatan. Perkataan ‘pandai’ menunjukkan sesuatu sifat dalam kata adjektif sifatan.
Kata adjektif warna
Contohnya:
merah, ungu, putih, kelabu
Contoh ayat
‘Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu’
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif warna. Perkataan‘hijau’ menunjukkan sesuatu sifat warna dalam
kata adjektif.
iii.
Kata adjektif ukuran
Contohnya:
panjang, rendah, pendek, tebal
Contoh penggunaannya
dalam ayat:
Jambatan panjang itu baru siap didirikan
Ayat ini menerangkan
kata adjektif ukuran. Perkataan ‘panjang’ menunjukkan ayat ini berbentuk kata
adjektif ukuran
Kata adjektif bentuk
Contohnya: Bulat,
bengkok, lonjong, lurus
Contoh penggunaannya
dalam ayat:
Kemerdekaan
Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat.
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif bentuk. Perkataan‘bulat’menunjukkan ayat ini ialah kata adjektif bentuk.
Kata adjektif waktu
Contohnya:
Baharu, lampau, lama,
lewat
Contoh pengguaannya
dalam ayat:
Ali ke kedai untuk
membeli baju baharu.
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif waktu. Perkataan dalam ‘baharu’ menunjukkan waktu yang diterangkan.
Kata adjektif jarak
Contohnya: jauh,
hamper, dekat, nyaris
Contoh penggunaan
dalam ayat:
Rumah yang
ditujui itu sungguh jauh
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif jarak. Perkataan ‘jauh’ menunjukkan jarak yang diterangkan
Kata adjektif cara
Contohnya: cepat,
lincah, deras, gopoh
Contoh penggunaannya
dalam ayat:
Tindakbalas
orang tua itu sungguh cepat.
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif cara. Perkataan ‘cepat’ menunjukkan cara yang diterangkan
Kata adjektif perasaan
Contohnya:
Rindu, berahi, benci, ragu, gembira
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Dia amat rindu akan emaknya
Ayat ini menunjukkan
kata adjektif perasaan. Perkataan ‘rindu’ menunjukkan perasaan yang diterangkan
Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan
yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau
gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya:
Indera rasa: sedap, pahit, manis, masin
Contoh
penggunaannya dalam ayat:
Masakan sedap tidak semestinya terdapat di
kedai
Indera
Pandang: cantik, buruk, molek, tampan
Contoh
penggunaannya dalam ayat
Pemandangan
di pinggir laut itu sungguh cantik
Indera dengar: Bising, mersik, merdu, serak
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Bunyi bising itu datang dari biliknya.
Indera bau: harum, tengik, wangi, semerbak
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Bedak sejuk itu harum baunya
Indera sentuh: halus, kesat, licin, lembap
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Kain halus itu hasil tenunan
tangan
Gabungan indera:
bersih (sentuh + pandang + bau)
selesa (sentuh + pandang)
tenteram (dengar + pandang)
Contoh
penggunaannya dalam ayat:
Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih
II.
Bentuk
Kata Adjektif
i.
Kata adjektif tunggal
Menurut
Nik Safiah Karim (2003) sebahagsian besar kata adjektif dalam bahasa Melayu
terdiri daripada kata tunggal. Kata
adjektif membawa pengertian yang berkaitan deng sifat-sifat tertentu. Bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian
terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa
mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah
digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata
Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya
i.
Warna kuning digemari oleh kakaknya.
ii.
Cara hidup seniman itu amat sederhana.
iii.
Pada malam ini bulan sungguh terang
ii.
Kata adjektif terbitan
Bagi kata adjektif, misalnya, penggolongan kata dilakukan
berdasarkan fungsi atau tugasnya di dalam ayat. Oleh itu, kata adjektif
didefinisikan sebagai kata yang menerangkan nama. Ini menunjukkan bahawa
kriteria yang digunakan dalam menggolongkan kata ini tidak tekal. Disebabkan
kriteria tradisional ini kurang saintifik sifatnya, maka kini beberapa kriteria
lain digunakan, iaitu penggolongan kata berasaskan kriteria formal (bentuk
kata) dan kriteria fungsian atau sintaksis (tugas dan distribusi kata).
Berdasarkan ciri morfologi, penggolongan kata diteliti dari aspek
imbuhan, iaitu imbuhan dijadikan ciri bagi menunjukkan keanggotaan sesuatu kata
ke dalam golongan tertentu. Contohnya bagi kata nama, imbuhan yang biasanya
membentuk kata nama ialah imbuhan peN-, per-...-an, pe-...-an, ke-...- an dan
-an (Asmah Hj. Omar 1962). Oleh itu, imbuhan ini, apabila digandingkan dengan
kata dasar, akan membentuk kata terbitan yang tergolong dalam kata nama.
Menurut Asraf Abdul Wahab (1978), imbuhan merupakan penanda bagi sesuatu
golongan kata. Nik Safiah Karim et al. (1989) juga menjadikan imbuhan sebagai
salah satu kriteria penggolongan kata, iaitu setiap golongan kata mempunyai
imbuhannya yang tersendiri. Contoh: Kata Adjektif Awalan Akhiran Apitan Sisipan
ter- ke-...-an -else- -er- -em- Nik Safiah Karim menggunakan kriteria makna dan
fungsian.
iii.
Kata adjektif ganda
Definisi
penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian
daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh
mendahului atau mengikuti dasarnya. Penggandaan penuh - proses yang
menggandakan keseluruhan kata ganda.Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar
dan kata terbitan. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan
seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata
kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda
sempang (-). (Arbak Othman 1985)
Penggandaan
separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah merupakan penggandaan separa yang
berlaku dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan
imbuhan.Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh
terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata
dasar.Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Awalan. Penggandaan separa
berimbuhan dengan awalan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di hadapan
kata dasarnya.
Asmah (2009) menyatakan penggandaan berima berlaku untuk kata nama, kata
kerja, kata sifat (adjektif) dan adverb.
Beberapa contoh kata adjektif yang mengalami penggandaan berima iaitu
lekak-lekuk, remuk-redam, bengkang-bengkok, hiruk-pikuk, terang-benderang,
licin-lican, herot-perot, hingar-bingar, hina-dina, huru-hara dan
senang-lenang (Abdullah 2008). Nik
Safiah Karim (2006) memberikan contoh seperti kacau-bilau, gilang-gemilang,
kontang-kanting, titik-bengik, porak-peranda, gelap-gelita, kucar-kacir,
kusut-masai dan simpang-siur kata adjektif yang mengalami pergandaan berima
iv.
Kata adjektif majmuk
Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata
adjektif majmuk ialah perkataan yang terbentuk dengan proses mencantumkan dua
perkataan atau lebih untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai maksud
tersendiri. Biru laut, muda remaja, dan kuning langsat ialah contoh kata
adjektif majmuk
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah
seperti yangberikut:
i.
Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.
ii.
Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
iii.
Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut.
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang
membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh
yang berikut:
i.
panjang tangan
ii.
besar kepala
iii.
ringan tulang
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah
seperti yang berikut:
i.
Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.
ii.
Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
iii.
Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang
Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang
sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri
daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contohnya:
i.
riang gembira - riang dan gembira
ii.
tua muda - tua dan muda
iii.
miskin kaya - miskin dan kaya
Gabungan antara kata adjektif dengan kata
adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen
baharu dengan makna baharu
iv.
Kata
adjektif dalam bentuk perbandingan
Menurut
Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif ialah perkataan yang menjadi penerang
kata nama. Misalnya, besar dalam frasa
rumah besar dan rajin dalam frasa pelajar rajin. Kata adjektif hadir selepas kata nama. Sebagai bandingan dalam bahasa Inggeris kata
adjektif hadir sebelum kata nama, misalnya big house. Susunan kata diikuti kata adjektif itu
disebut susunan mengikut hokum D-M, iaitu unsure yang diterangkan (D)
mendahului unsure yang menerangkan (M).
Hokum ini merupakan satu peraturan penting bagi bahasa Melayu
Kata
adjektif dapat digunakan untuk menyatakan darjah perbandingan, iaitu darjah
biasa, darjah perbandingan dan darjah penghabisan (Nik Safiah Karim 2003 )
a.
Darjah biasa
Pada
darjah biasa, kata adjektif biasa digunakan, iaitu tanpa apa-apa tambahan
bentuk. Contohnya, kata-kata adjektif
seperti pandai dan laju dalam ayat yang berikut:
i.
Anak Encik Ismail
sangat pandai
ii.
Bas itu laju
sungguh
Kata
adjektif biasa boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat, contohnya sangat
dan sungguh. Bentuk kata ajektif biasa ialah kata tunggal iaitu yang
tidak menerima apa-apa imbuhan atau proses pembentukan kata lain seperti
penggandaan atau pemajmukan (Nik Safiah Karim 2003 )
b.
Darjah bandingan
Menurut
Nik Safiah Karim (2003)Terdapat dua cara darjah bandingan dalam bahasa Melayu.
Iaitu bandingan yang sama dan yang kedua ialah bandingan berbeza
Yang
pertama merujuk pada bandingan yang sama,
Iaitu
dengan menggunakan awalan se- dangan kata adjektif. Contohnya ialah sebesar (se + besar) seperti
dalam ayat yang berikuti. Rumah saya tidak sebesar rumah Ali
Atau
secantik (se + cantik ) dalam ayat:
ii.
Gadis itu secantik
tuan puteri
Demikian
juga dengan sepandai (sama pandai), segagah (sama gagah) dan sehebat (sama
hebat)
Cara
bandingan yang kedua ialah antara ciri berbeza.
Iaitu kata adjektif yang
menggunakan kata penguat lebih atau kurang,
yang berfungsi sebagai bandingan
i.
Rumahnya lebih besar
daripada rumah Ali
ii.
Lukisan itu kurang
cantik daripada lukisan Siti
Perkataan
lebih (jika sifatnya lebih) dan kurang (jika sifatnya kurang)
digunakan dengan kata adjektif. Contoh
ialah lebih besar (lebih + besar ) dan kurang cantik (kurang +
cantik) dalam ayat-ayat diatas. (Nik Safiah Karim 2003 )
c.
Darjah penghabisan
Menurut
Nik Safiah Karim (2003 )Terdapat pelbagai cara menggunakan kata adjektif untuk
menunjukan darjah penghabisan. Satu cara untuk menunjukkan darjah penghabisan
adalah dengan menggunakan bentuk kata adjektif yang digandakan, didahulukan
oleh awalan se-. Misalnya sepandai-pandai
(tupai melompat), sebaik-baik
(manusia), dan semanis-manis (madu).
Contoh
ayat adalah seperti yang berikut
i.
Sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
ii.
Semanis-manis
madu, labih manis lagi gula ini.
Cara
yang kedua adalah dengan menggunakan awalan ter- dihadapan kata adjektif. Salah satu makna yang didukung oleh awalan
ter- adalah untuk darjah penghabisan.
Contohnya ialah terpandai,
terbaik dan termanis.
Contoh
ayat adalah seperti yang berikut
i.
Mohd. Irfanlah pelajar
yang terpandai di dalam kelas itu
ii.
Keputusan peperiksaan
lalu merupakan yang terbaik bagi sekolah saya
Cara
seterusnya bagi menunjukan darjah penghabisan adalah dengan menggunakan
perkataan paling, yang seperti awalan ter-, juga membawa maksud
tersebut. Contohnya ialah paling
pandai, paling baik, dan paling manis.
Seterusnya,
darjah penghabisan disampaikan menggunakan perkatan sekali selepas kata
adjektif. Sekali juga membawa maksud
yang sama seperti paling dan awalan ter-. Contohnya ialah pandai sekali, baik sekali,
dan manis sekali. (Nik Safiah Karim 2003 )
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteCikgu Mohd, contoh ayat : 1. Ali lebih tinggi daripada Abu. 2. Kelas 3 Mawar kurang bersih daripada kelas 3 Dahlia.
DeleteCikgu, boleh cikgu beri contoh kata penguat yang mengiringi kata adjektif?
ReplyDeleteAkmal Siddiq, contoh kata penguat yang mengiringi kata adjetif ialah: 1. Baju pengantin itu kelihatan cantik sekali. 2. Harga makanan di gerai itu terlalu mahal.
Deletecikgu,boleh bagi contoh kepada perkataan tinggi-tinggi?
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu, boleh ke sesuatu perkataan itu tergolong lebih daripada satu golongan kata ?
ReplyDeleteSelamat sejahtera cikgu.. boleh share kat sini tak menurut pandangan tokoh² lain.. selain daripada nik safiah? ...cam za'ba ke... tq 😉
ReplyDeleteterima kasih.....maklumat yang berguna
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDelete2017 ford fusion hybrid titanium
ReplyDelete2017 titanium comb ford fusion hybrid titanium jewelry piercing titanium. 2020 – titanium screws 2017 is the year that the company is back in the oven again. A new womens titanium wedding bands company titanium earring posts in Australia is here in 2017.
Cool and I have a super offer: What Is House Renovation exterior home remodel contractors
ReplyDelete